Thursday, 1 October 2015

Kisah cinta tertinggi

Perkara rawak #5 -- Ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad) bagi yang berkemampuan 


http://i1.wp.com/quranicgen.com/wp-content/uploads/2013/10/mooo.jpg



Hai bertemu kembali kita. Assalamualaikuum

Kenyang makan daging lembu?
Raya korban ni istimewa kan, walaupun tak semeriah raya puasa.
Baru tahu bahawa agihan untuk daging korban yang dituntut (mazhab syafie) adalah macamni:

1) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban
2) 1/3 untuk disedekahkan kepada faqir miskin
3) 1/3 untuk disedekahkan kepada sahabat handai dan jiran-jiran

Rupanya ceritanya begitu. Bukan tak belajar dulu-dulu, cuma biasalah belajar sebab exam lupa.

Baca post ustaz hasrizal mengenai korban, buat saya meremang sendiri. Masyaallah betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Ye saya tahu yang Nabi Ibrahim a.s korbankan anakandanya Nabi Ismail a.s sebab perintah Allah. Rasanya semua belajar, sebab ada dalam silibus dulu kan. Tapi tak tahu kenapa, saya baru tahu dan dapat lihat, betapa Nabi Ibrahim nak buktikan kecintaannya pada Allah s.w.t dengan cara yang paling sukar, iaitu dengan mengorbankan anak kesayangannya sendiri, Ismail a.s.
Betapa besarnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah. Tiada tara cintanya yang paling agung kepada pemilik cinta.

Saya, pengorbanan yang paling besar saya buat pun saya taktau.
Nak berkorban tolak selimut pagi-pagi untuk solat subuh awal pun susah. Berkorban di medan perang apatah lagi. Hulur RM1 dalam tabung derma pun berbolak balik hati.

Macamana ye nak dapatkan rasa cinta pada Allah, sekelumit dari yang Nabi Ibrahim rasa pun jadilah.
Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya? - See more at: http://saifulislam.com/2015/09/aidiladha-ujian-cinta-keutamaan-dan-pengorbanan/#sthash.SsXm2gph.dpuf
Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya? - See more at: http://saifulislam.com/2015/09/aidiladha-ujian-cinta-keutamaan-dan-pengorbanan/#sthash.SsXm2gph.dpuf

"Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya? " - Ustaz Hasrizal

Menusuk sangat.


Jumpa lagi!

p/s- Azam saya nak buat korban tahun depan. Oh ya ada garis panduan tau!


Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya? - See more at: http://saifulislam.com/2015/09/aidiladha-ujian-cinta-keutamaan-dan-pengorbanan/#sthash.SsXm2gph.dpuf

Friday, 25 September 2015

Pedas



Perkara rawak #4 -- Kompaun kimia ' capsaicin' yang terkandung dalam semua jenis cili adalah yang menyebabkan rasa pedas.

Assalamualaikum!

Suka tak makan pedas?
Saya sukaaaaa sangat. Kalau sehari tak makan pedas, rasa tak lengkap hidup. Kalau makan tu, saya wajibkan ada sambal. Baru selera. Lepas tu makan bertambah-tambah. Kemudian menangisi berat badan yang naik. Ahaha

Baru saya tahu, rupanya tahap kepedasan cili cili sedunia (haha) diukur menggunakan unit Scoville atau SHU (Scoville Heat Unit). Siap ada skala ha. Betapa para saintis teliti betul dalam mengkaji kan. Subhanallah. Maha suci Allah yang mengurniakan ilham kepada mereka.


Saya cari juga kot-kot ada cili padi dalam carta cili terpedas di dunia, tak ada pula. Atau mungkin cili padi ada nama saintifik lain, wallahualam. Boleh buat carian lebih lanjut untuk tahu. Sedapnya lah kan makan dengan cili. Dapat pula ulam ulaman macam kacang botol, kacang panjang muda, pucuk serai kayu, atau ulam raja *lap air liur atas keyboard*, pergh cicah sambal belacan. Memang bakal mak mertua lalu pun tak perasan. Ahaha. Saya sebenarnya bukanlah tahan pedas sangat, tapi bila makan sambal/cili, rasa macam ketagihan pula. Tak boleh berhenti makan walaupun hidung dan mata dah berair. Macam torture diri sendiri pun ada.

Tulah dia. Semua benda Allah cipta, ada baik buruknya. Ada kelebihan kekurangan. Macam cili lah. Walaupun kadang kena marah (?) dengan orang yang tak tahan pedas, ada orang yang tak lengkap hidup tanpanya (sayalah tu!). Walaupun sekecil kecil cili ni, Allah cipta untuk berbakti kan. Untuk bagi perasa, bagi nikmat pada manusia.

Apatah lagi kita yang sebesar ni. Mesti ada kelebihan kat mana-mana yang kita tak discover lagi. Bukan tak ada, cuma belum jumpa. Mungkin Zaiton tak cantik, tapi hatinya mulia. Mungkin si Ali tak belajar tinggi, tapi dia pandai memasak. Mungkin suara kita tak merdu, tapi kita pandai bertukang (tiba-tiba). Yang pasti tiada siapa diciptakan sia-sia, kan?

Maaf la rawak sangat dari cili sampai ke bertukang.

Renung-renugkan dan Selamat Beramal.
Jumpa lagi!







Thursday, 24 September 2015

Resipi brownies yang sangat sedap dan menakjubkan (baca:awesome)

Ini kek bukan brownies

Perkara rawak #2 -- Perbezaan antara brownies dan kek coklat ialah tekstur. Tekstur kek coklat adalah gebu dan ringan berbanding brownies yang padat. Senang cerita brownies tu macam kek bantat

Assalamualaikum.

Pada pos yang lalu saya ada tempelkan gambar brownies yang omnomnom sangat. Lepastu teringat beberapa hari lalu saya ada terjengah blog kak Azlita.

Terjumpa pulak resipi brownies yang pada saya menakjubkan. Sebab permukaan atasnya berkedut-kedut. Saya selalu nampak gambar brownies sebegitu di timeline facebook dan instagram sambil tadah air liur. Banyak kali juga saya cari resipi si kedut ni, tapi baru kali ni saya tau rahsia di sebalik kedutan menawan (baca: gorgeous) tersebut. Maka setelah penat mencari resipi di enjin carian perlu rasanya saya kongsikan resipi terbabit (walaupun belum buat). Saya tampalkan di sini juga supaya saya senang buat rujukan di masa akan datang

Mudah sahaja buat brownies, tak perlukan mixer pun. Sesuai untuk orang jiwa malas sibuk seperti saya. Haha

Maka terimalah *paluan kompang*

+++++


RESIPI BROWNIES YANG SUNGGUH SEDAP DAN MENAKJUBKAN TENGOK GAMBAR PUN TERLIUR 

(klik untuk lihat gambar dari sumber)


Bahan-bahan:
400 gm coklat masakan
150 gm mentega tanpa garam
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Perkakas:
Pisau untuk potong coklat
2 biji periuk untuk double boiler
3 biji mangkuk kaca atau bekas melamine atau bekas tupperware mak korang pun boleh
Pengocok (baca: whisk) atau senduk
Acuan untuk letak adunan sebelum bakar
Oven 

Masa bakar: 
30 minit (atau bergantung pada oven masing-masing)

Suhu bakar: 
160 darjah celsius

Kaedah ringkas, nak tau lanjut baca blog pemilik resipi :
1) Mula-mula potong coklat masakan (boleh juga guna coklat compound, lagi sedap!). Potong kecil-kecil supaya senang cair dan mempercepatkan proses. 
2) Campurkan kedua-dua coklat dan mentega ke dalam bekas yang kering. dengan menggunakan kaedah double boiler,  cairkan mentega dan coklat tadi sampai err.. cair
Kocok-kocokkan sampai coklat dan mentega tadi bergaul mesra.
3) Ambil bekas yang lain, satukan dua jenis gula tadi, telur dan esen. Gaul sampai sebati.
4) Ambil bekas ke-3, satukan pula tepung dan serbuk koko.
5) Tuang adunan telur ke dalam campuran coklat dan mentega. Kacau rata. 
6) Kemudian tapiskan pula campuran tepung dan serbuk koko ke dalamnya. Masuk sedikit-sedikit sambil gaul sampai sebati. Tak guna mixer pun boleh
7) Letak dalam acuan dan bakar!


+++++

Ehem*tanggal topi chef*
Lepas ni boleh dah bawa brownies ke potluck tempat kerja masing-masing ye. Asik bawak agar-agar merah je pun bosan juga ye tak? ahaha
Saya tak pandai masak pun. Tapi suka tengok dan baca blog-blog yang hebat-hebat ni. Takpe belajar slow-slow. Hah sebelum terlupa, saya tepekkan gambar kaedah double boiler untuk siapa-siapa yang tak tahu dan malas nak tekan link yang diberi


Lupa pulak, rahsia kedutan di permukaan brownies tu, kata Kak Azlita, adalah kuantit dan kualiti coklat masakan yang digunakan. Pendek kata, GUNA COKLAT MAHAL untuk dapatkan kedutan yang sebegitu. Kualiti serbuk koko pun main peranan juga untuk rasa yang lebih lazat.

Akhir kalam, majulah brownies untuk negara!

Sehingga bertemu lagi!

Wednesday, 23 September 2015

ke 12 ke ke-12

Ha kompius kan tajuk.



Perkara rawak #3 -- Tesaurus merupakan perkataan Bahasa Melayu untuk Thesaurus (baca: perhatikan ejaan) yang bermaksud sinonim. Benda yang samalah tu.

 Eh assalamualaikum semua.

Sihat ke tidak. Kalau sihat alhamdulillah. Kita belajar Bahasa Melayu nak? Rindu lah nak belajar BM. Dulu-dulu masa zaman belajar punya pemalas nak belajar BM. Kalau masa peperiksaan (baca:exam), masa peperiksaan BM paling rileks sekali kan. Buku campak je kat tepi bantal, atas katil. Golek-golek sambil borak dengan kawan sebelah katil.

Prep Malam

Saya dulu-dulu budak asrama. Asrama penuh yang masyhur dengan budak-budak pandai tu. Tapi saya tak berapa pandai sangat lah. Dapat masuk asrama pun rezeki alhamdulillah padahal biasa-biasa sangat IQ. Kata orang kampung saya, IQ below average. haha. Ok berbalik pada cerita BM tadi. Saya kalau musim exam, barulah terkejar-kejar buat ulangkaji. Yelah exam kan. Nak cemerlang kononnya. Study last-last minute tu dah biasa sangat. Padahal tiap-tiap malam pun ada masa kelas malam (baca:prep) Memang prep malam tu tujuannya untuk ulangkaji pelajaran, cuma tak praktik pun. Prep malam bantai tidur. Seminggu lagi nak exam baru lap-lap habuk pada buku, belum mula baca. Bila saya baca? dua tiga hari sebelum exam subjek

Kuat Tidur

Masyaallah nak tau, saya, pada masa sekolah amat amat amat kuat tidur. Kalau ada lah anugerah ratu tidur, rasanya saya bolot seorang tiap-tiap tahun selama lima tahun di sekolah. Kesian orang lain tak merasa dapat anugerah. Haha.
Tapi secara amnya memang budak-budak asrama kuat tidur. Antara tempat/masa paling ramai tidur:-

1) Sememangnya dalam kelas -- paling suka masa cikgu tengah mengajar
2) Dalam surau -- ye dalam surau. Masa ustaz tengah ceramah paling best. Kalau boleh nampak agaknya beribu-ribu syaitan tengah gayut atas kelopak mata
3) Masa prep malam -- Prep malam sepatutnya kena ulangkaji/siapkan homework

Faktor nya mungkin sebab jadual yang padat. Bayangkan kami terpaksa bangun awal untuk rebut bilik air. Tu baru rebut. Tanda dulu bilik air kegemaran (tanda guna bekas toiletries masing-masing). Ada juga yang mengelat, sebelum tidur malam tu dah tanda siap-siap. 

Toiletries.
CONTOH sahaja ni. Kalau bawak macam ni ke asrama dalam masa beberapa saat boleh lesap

Exam BM
Siapa kat sini yang masa exam, subjek BM, dia buat ulangkaji?
Saya jenis tak buat pun ulangkaji. Kalau masa BM ni biasanya belek-belek komsas sikit, lepas tu terus lompat baca (baca: ulangkaji last minute) subjek seterusnya. Atau subjek killer macam kimia dan fizik. Atau subjek yang banyak kena hafal (baca: saya pelajar sains tulen agama). Konon-konon A tu dah dalam tangan kalau BM. kehkeh
Dan mujurlah, dengan kuasa Allah. Jarang saya dapat B pun dalam BM. My mother's tongue katanya.

Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebanggaan
Sejak-sejak berusia ni (baca: saya kini pertengahan 20-an), saya mula merindui bahasa kebangsaan saya ni. Bukanlah saya bercakap bahasa asing 24 jam pun di tempat kerja, cuma saya rindukan Bahasa Melayu yang teratur lagi indah. Kadang-kadang sengaja saya cari novel-novel lama dalam perpustakaan mini ayah, untuk bacaan saya. Alah, novel-novel lama yang bahasa ala-ala DBP. 
Sebab tu juga sekarang saya lebih tertarik untuk baca karya-karya Noor Suraya yang indah bahasanya. Nanti kalau rajin saya kongsikan review untuk novel-novel yang sudah saya baca :)

Ok dah melalut banyak.
Sebenarnya nak kongsi,

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka :-
Betul = Ke-12
Salah = Ke 12

Maksudnya kena bubuh sengkang

Tu je. 
Bahasa Jiwa Bangsa.

Sehingga bertemu lagi!






Tuesday, 22 September 2015

Alone



Perkara rawak #1 -- Lagu yang 'catchy' dan bermain-main dalam kepala kita taknak berenti asik nak nyanyi ialah EARWORM (kadang-kadang dipanggil brainworm). Woah cuba bayang ada cacing dalam telinga.

Assalamualaikum. Tengah buat apa tu. Saya tengah sendirian ni.

Korang kalau rasa sedih dan keseorangan dan rasa sendirian (baca: alone) suka buat apa ya:-

a) Mendengar muzik sedih-sedih
b) Layan perasaan
c) Tidur
d) Membaca buku
e) Membaca quran

Saya paling suka e *batuk*
Acah je. Saya kalau rasa sendirian biasanya buat taktau je. Jangan layan sangat perasaan bedebah tu. Bisikan syaitonnirrojim je. Selalu kalau sedih, saya kena makan! Ha tu ubat paling mujarab bagi saya. Kita kena cari pemadam kesedihan bagi diri sendiri. Setiap orang lain-lain. Kalau saya pemadam saya itulah, makanan. Kalau dapat makanan biasanya happy balik

Omnomnom. 
 Boleh jadi juga juga pemadam awak:-

a) Tengok kartun
b) Main dengan kucing
c) Tonton cerita seram
d) Memandu
e) Pergi ke kawasan lapang dan menjerit sekuat hati
f) Berzikir
g) Menghubungi orang tersayang

Jangan cuba-cuba dengar muzik sedih ya masa rasa depress tu. Tu ibarat mencurah minyak ke dalam api. Eleh macam saya tak tahu. Awak la yang selalu rasa sedih, pastu berselubung dalam selimut, sambil dengar lagu sedih-sedih kan.
Kadang-kadang saya suka juga cari teman untuk berbual. Saja-saja. Tanya khabar kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Borak-borak perkara rawak dan menggembirakan ke.

Dan pastinya kalau rasa sedih, Ingat Allah. Ingat nikmat-nikmat kurniaannya. Apa yang Allah bagi, tulah yang terbaik buat kita. Dan Allah bagi dugaan semampu yang kita boleh tanggung. Oh kalau ada perkara nak luahkan, tapi takde siapa nak dengar, mengadulah pada Dia pencipta kita. Yang sangat-sangat pemurah, yang sangat sangat sayangkan kita.

Sehingga bertemu lagi!