Ini kek bukan brownies
Perkara rawak #2 -- Perbezaan antara brownies dan kek coklat ialah tekstur. Tekstur kek coklat adalah gebu dan ringan berbanding brownies yang padat. Senang cerita brownies tu macam kek bantat
Assalamualaikum.
Pada pos yang lalu saya ada tempelkan gambar brownies yang omnomnom sangat. Lepastu teringat beberapa hari lalu saya ada terjengah blog kak Azlita.
Terjumpa pulak resipi brownies yang pada saya menakjubkan. Sebab permukaan atasnya berkedut-kedut. Saya selalu nampak gambar brownies sebegitu di timeline facebook dan instagram
Mudah sahaja buat brownies, tak perlukan mixer pun. Sesuai untuk orang
Maka terimalah *paluan kompang*
+++++
RESIPI BROWNIES YANG SUNGGUH SEDAP DAN MENAKJUBKAN TENGOK GAMBAR PUN TERLIUR
(klik untuk lihat gambar dari sumber)
Bahan-bahan:
400 gm coklat masakan
150 gm mentega tanpa garam
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
150 gm mentega tanpa garam
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Perkakas:
Pisau untuk potong coklat
2 biji periuk untuk double boiler
3 biji mangkuk kaca atau bekas melamine atau bekas tupperware mak korang pun boleh
Pengocok (baca: whisk) atau senduk
Acuan untuk letak adunan sebelum bakar
Oven
Masa bakar:
30 minit (atau bergantung pada oven masing-masing)
Suhu bakar:
160 darjah celsius
Kaedah ringkas, nak tau lanjut baca blog pemilik resipi :
1) Mula-mula potong coklat masakan (boleh juga guna coklat compound, lagi sedap!). Potong kecil-kecil supaya senang cair dan mempercepatkan proses.
2) Campurkan kedua-dua coklat dan mentega ke dalam bekas yang kering. dengan menggunakan kaedah double boiler, cairkan mentega dan coklat tadi sampai err.. cair
Kocok-kocokkan sampai coklat dan mentega tadi bergaul mesra.
3) Ambil bekas yang lain, satukan dua jenis gula tadi, telur dan esen. Gaul sampai sebati.
4) Ambil bekas ke-3, satukan pula tepung dan serbuk koko.
5) Tuang adunan telur ke dalam campuran coklat dan mentega. Kacau rata.
6) Kemudian tapiskan pula campuran tepung dan serbuk koko ke dalamnya. Masuk sedikit-sedikit sambil gaul sampai sebati. Tak guna mixer pun boleh
7) Letak dalam acuan dan bakar!
+++++
Lepas ni boleh dah bawa brownies ke potluck tempat kerja masing-masing ye. Asik bawak agar-agar merah je pun bosan juga ye tak? ahaha
Saya tak pandai masak pun. Tapi suka tengok dan baca blog-blog yang hebat-hebat ni. Takpe belajar slow-slow. Hah sebelum terlupa, saya tepekkan gambar kaedah double boiler untuk siapa-siapa yang tak tahu
Lupa pulak, rahsia kedutan di permukaan brownies tu, kata Kak Azlita, adalah kuantit dan kualiti coklat masakan yang digunakan. Pendek kata, GUNA COKLAT MAHAL untuk dapatkan kedutan yang sebegitu. Kualiti serbuk koko pun main peranan juga untuk rasa yang lebih lazat.
Akhir kalam, majulah brownies untuk negara!
Sehingga bertemu lagi!
No comments:
Post a Comment