Perkara rawak #3 -- Tesaurus merupakan perkataan Bahasa Melayu untuk Thesaurus (baca: perhatikan ejaan) yang bermaksud sinonim. Benda yang samalah tu.
Eh assalamualaikum semua.
Sihat ke tidak. Kalau sihat alhamdulillah. Kita belajar Bahasa Melayu nak? Rindu lah nak belajar BM. Dulu-dulu masa zaman belajar punya pemalas nak belajar BM. Kalau masa peperiksaan (baca:exam), masa peperiksaan BM paling rileks sekali kan. Buku campak je kat tepi bantal, atas katil. Golek-golek sambil borak dengan kawan sebelah katil.
Prep Malam
Saya dulu-dulu budak asrama. Asrama penuh yang masyhur dengan budak-budak pandai tu. Tapi saya tak berapa pandai sangat lah. Dapat masuk asrama pun rezeki alhamdulillah padahal biasa-biasa sangat IQ. Kata orang kampung saya, IQ below average. haha. Ok berbalik pada cerita BM tadi. Saya kalau musim exam, barulah terkejar-kejar buat ulangkaji. Yelah exam kan. Nak cemerlang kononnya. Study last-last minute tu dah biasa sangat. Padahal tiap-tiap malam pun ada masa kelas malam (baca:prep) Memang prep malam tu tujuannya untuk ulangkaji pelajaran, cuma tak praktik pun. Prep malam bantai tidur. Seminggu lagi nak exam baru lap-lap habuk pada buku, belum mula baca. Bila saya baca? dua tiga hari sebelum exam subjek
Kuat Tidur
Masyaallah nak tau, saya, pada masa sekolah amat amat amat kuat tidur. Kalau ada lah anugerah ratu tidur, rasanya saya bolot seorang tiap-tiap tahun selama lima tahun di sekolah. Kesian orang lain tak merasa dapat anugerah. Haha.
Tapi secara amnya memang budak-budak asrama kuat tidur. Antara tempat/masa paling ramai tidur:-
1) Sememangnya dalam kelas -- paling suka masa cikgu tengah mengajar
2) Dalam surau -- ye dalam surau. Masa ustaz tengah ceramah paling best. Kalau boleh nampak agaknya beribu-ribu syaitan tengah gayut atas kelopak mata
3) Masa prep malam -- Prep malam sepatutnya kena ulangkaji/siapkan homework
Faktor nya mungkin sebab jadual yang padat. Bayangkan kami terpaksa bangun awal untuk rebut bilik air. Tu baru rebut. Tanda dulu bilik air kegemaran (tanda guna bekas toiletries masing-masing). Ada juga yang mengelat, sebelum tidur malam tu dah tanda siap-siap.
Toiletries.
CONTOH sahaja ni. Kalau bawak macam ni ke asrama dalam masa beberapa saat boleh lesap
Exam BM
Siapa kat sini yang masa exam, subjek BM, dia buat ulangkaji?
Saya jenis tak buat pun ulangkaji. Kalau masa BM ni biasanya belek-belek komsas sikit, lepas tu terus lompat baca (baca: ulangkaji last minute) subjek seterusnya. Atau subjek killer macam kimia dan fizik. Atau subjek yang banyak kena hafal (baca: saya pelajar sains tulen agama). Konon-konon A tu dah dalam tangan kalau BM. kehkeh
Dan mujurlah, dengan kuasa Allah. Jarang saya dapat B pun dalam BM. My mother's tongue katanya.
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebanggaan
Sejak-sejak berusia ni (baca: saya kini pertengahan 20-an), saya mula merindui bahasa kebangsaan saya ni. Bukanlah saya bercakap bahasa asing 24 jam pun di tempat kerja, cuma saya rindukan Bahasa Melayu yang teratur lagi indah. Kadang-kadang sengaja saya cari novel-novel lama dalam perpustakaan mini ayah, untuk bacaan saya. Alah, novel-novel lama yang bahasa ala-ala DBP.
Sebab tu juga sekarang saya lebih tertarik untuk baca karya-karya Noor Suraya yang indah bahasanya. Nanti kalau rajin saya kongsikan review untuk novel-novel yang sudah saya baca :)
Ok dah melalut banyak.
Sebenarnya nak kongsi,
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka :-
Betul = Ke-12Salah = Ke 12
Maksudnya kena bubuh sengkang
Tu je.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Sehingga bertemu lagi!
No comments:
Post a Comment